Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-Komm) akan menjadikan kisah Setanggi Ratna Inderapura sebagai filem yang berupaya menembusi pasaran pawagam antarabangsa. Timbalan Menteri K-Komm Zahidi Zainul Abidin berkata kisah sejarah Sultanah Alam Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Ungu, srikandi Melayu yang terkenal dengan berpencak senjata dan mengetuai angkatan perang dapat dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini. “Ramai yang perlu tahu mengenai kisah Raja Ungu ini kerana ia sangat bermakna dan cerita ini bukan sahaja menonjolkan tentang sejarah Melayu tetapi elemen sepe…