Calon BN Khairy Jamaluddin berharap untuk melakukan ‘pembersihan’ dalam Umno jika menang kerusi parlimen Sungai Buloh. Katanya, jika dia dapat menawan Sungai Buloh dia akan membawa perubahan kepada negara, Umno dan BN. Bekas ahli parlimen Rembau itu turut mengakui ramai orang menyuarakan kepadanya bahawa mereka ‘tidak gemar’ segelintir pemimpin Umno yang tidak dinamakannya. “Saya tak mahu berhenti di Sungai Buloh semata-mata kerana bertanding di sini cabaran terbesar dalam kerjaya politik saya. Nak menang di sini bukan mudah, tetapi kalau saya menang, saya nak bawa kita semua, bukan sekarang t…