Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman pendakwaan salah dikemukakan Najib Razak terhadap bekas peguam negara itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini membenarkan permohonan bekas pegawai tertinggi kerajaan itu untuk membatalkan tindakan sivil dikemukakan Najib tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. Tuntutan Najib terhadap Thomas melibatkan pendakwaan ke atasnya dalam empat kes jenayah yang sedang berjalan, iaitu kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB, kes pengubahsuaian laporan audit 1MDB, pecah amanah berkaitan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) bernilai RM6.6…