Tidak yakin dengan maklum balas Exco Selangor Hee Loy Sian berhubung pendedahan Malaysiakini mengenai kelulusan 27 kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, kumpulan alam sekitar Projek Pendedahan Rimba (RDP) meminta penjelasan lanjut daripadanya. Ini selepas Hee yang bertanggungjawab dalam bidang pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal Orang Asli berkata, kira-kira 28 peratus daripada hutan simpan Bukit Lagong di Kuala Lumpur dijangka sedia untuk diusahakan sebagai pusat kuari tanpa tanah perlu dikeluarkan dari rizab berkenaan. “Walaupun kami mengucapkan terima kasih kepada Hee ata…