PRU15 | MIC mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini, dipercayai berhubung peruntukan kerusi bagi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Semalam dilaporkan MIC sedang mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calon pada PRU kali ini berikutan rasa tidak puas hati dengan agihan kerusi. Mesyuarat tersebut bermula sekitar jam 11 pagi di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini. “Ia adalah urusan keluarga… Setiap kali parti politik mempunyai isu jadi kami cuma selesaikannya dalam mesyuarat,” kata Presiden MIC, SA Vigneswaran kepada pemberita ketika tiba di ibu pejabat parti untuk mesyuarat t…