もっと詳しく

Khairy Jamaluddin sepatutnya membuat penambahbaikan di Hospital Sungai Buloh dalam masa 12 bulan selaku menteri kesihatan, kata bakal calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi parlimen Sungai Buloh, R Ramanan. Tegas Ramanan, Khairy tidak seharusnya hanya membuat janji selepas dijadikan sebagai calon BN di parlimen itu. “Khairy ini, hari ini kita lihat dia buat video pasal Hospital Sungai Buloh, berjanji akan membuat penambahbaikan di hospital itu. Apa yang dia politik ini? Apa yang dia cuba tipu? “Ketika pandemik Covid-19, kita tahu apa yang berlaku kepada Hospital Sungai Buloh, barisan hadapan …