もっと詳しく

Pengerusi DAP Lim Guan Eng mendakwa M Saravanan bersikap “tidak berhati perut” berhubung kenyataan menteri sumber manusia itu berkenaan PRU15 di tengah musim banjir. Semalam, Saravanan mendakwa pembangkang akan mendapat manfaat jika orang ramai marah jika PRU diadakan semasa musim banjir. “Saya pelik, takkan pembangkang ini baik sangat. Kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar adakan pilihan raya masa banjir, kalau betul-betul rakyat marah, biarlah rakyat marah,” katanya. Mengulas kenyataan itu, Lim menyamakan kenyataan “biarlah rakyat marah” dengan kenyataan terkenal “let them eat cake” y…