もっと詳しく

Bekas naib presiden PKR Tian Chua memohon maaf kepada presiden parti itu, Anwar Ibrahim kerana bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Batu. Ia selepas Anwar berkata Chua secara automatik dipecat dari PKR atas tindakannya itu. “Saya benar-benar faham (perasaan Anwar), dan saya perlu minta maaf kepadanya atas tindakan saya. Saya tiada niat untuk provokasi dia, dan saya rasa kekecewaannya memang benar,” katanya seperti dipetik The Vibes. “Namun kami sudah bersahabat lama. Kami adalah komrad dan saudara dalam perjuangan. “Saya rasa tak kira apa yang berlaku, apa kerja yang kita pilih da…