1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai obligasi kewangan belum selesai yang dianggarkan bernilai RM31.6 bilion setakat akhir Jun 2022, meliputi prinsipal berjumlah RM25.9 bilion dan faedah atau keuntungan sebanyak RM5.7 bilion. Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, jumlah hutang 1MDB telah berkurang kepada RM25.9 bilion setelah mengambil kira pembayaran obligasi hutang 1MDB Energy Ltd. pada Mei 2022. Inisiatif kerajaan bagi mendapatkan semula aset 1MDB melibatkan langkah penyiasatan bersepadu yang terper…