Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dia mempunyai bukti mengenai tender yang didakwa diberikan secara tidak wajar oleh kerajaan sementara. Kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air itu dibuat selepas Rafizi mendakwa ada syarikat yang dikatakan kroni Umno dijangka menerima kontrak tebatan banjir bernilai RM2 bilion melalui tender rundingan terus daripada kementerian Tuan Ibrahim. Menurut Tuan Ibrahim, Rafizi selalu “berselindung di sebalik kata” semasa membuat dakwaan kerana tahu ia tidak boleh d…