もっと詳しく

Perbincangan antara lima pemimpin tertinggi Umno (top 5) bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata tempoh untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini masih terbuka dan tarikh itu akan ditentukan selepas mesyuarat lima pemimpin tertinggi Umno. “Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap keputusan mengenai PRU akan dibuat selepas perbincangan lima pemimpin tertinggi Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Tek…