Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Mohamed Azmin Ali hari ini membela Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, yang baru-baru ini berkata seorang wanita tidak layak untuk menjadi ahli parlimen bagi kawasan parlimen Sik yang terletak di luar bandar. Azmin memberitahu pemberita petang ini bahawa Sanusi menjelaskan perkara itu kepadanya dan pemimpin PAS itu tidak bermaksud untuk merendahkan wanita dalam ucapannya di kawasan itu. “Beliau (Sanusi) juga telah memberi penjelasan. Malam tadi saya berada dengan beliau di Alor Setar, ulasan menteri besar Kedah, beliau tidak bermaksud seperti apa ya…