Ismail Sabri Yaakob akan mengecilkan saiz Kabinet beliau apabila menerajui kerajaan yang mendapat mandat baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mengakui saiz Kabinet setelah dia mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos tahun lepas sebagai terlalu besar, Ismail Sabri berkata barisan Jemaah Menteri di bawah kepimpinannya selepas ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki pelbagai kepakaran. “Memang terlalu besar dan pastinya saya akan mengecilkan Kabinet saya,” katanya dalam ‘Bual Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran bersama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ism…