もっと詳しく

Sarawak melahirkan kesyukuran kerana kini sudah mempunyai ruang untuk berbincang sebagai sebuah keluarga dengan Kerajaan Persekutuan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata bukan saja ruang sudah ada untuk tujuan itu malah sebuah kementerian yang khusus untuk melihat dan memperbetulkan kepincangan mengenai pelaksanaan MA63 seperti yang diinginkan oleh rakyat Sarawak dan Sabah telah ditubuhkan. Minggu lalu, mesyuarat mengenai MA63 yang antara lain membincangkan mengenai komposisi ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawa…