Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) berharap memperoleh peruntukan yang lebih banyak untuk pengkomersialan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memacu syarikat pemula pada Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan awal bulan hadapan. Menterinya Dr Adham Baba berkata Mosti telah mengajukan pendekatan itu menerusi satu sesi konsultasi dengan Kementerian Kewangan pada 31 Ogos lepas. Katanya Malaysia perlu beralih kepada negara pembuat seiring dengan kemajuan teknologi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. “Kita telah mengajukan beberapa pendekatan iaitu elemen …