Silibus yang digunakan di sekolah rendah dan sekolah menengah bukan “silibus Radzi Jidin” tetapi telah digunakan sejak 2017, kata menteri pendidikan itu. Mohd Radzi Md Jidin berkata, proses merangka silibus baru akan mengambil masa sebelum ia boleh diterapkan di sekolah. Katanya lagi, murid Darjah Satu pada 2017 akan menggunakan silibus sedia ada sehingga tamat Darjah Enam pada 2023, manakala murid sekolah menengah telah menghabiskan kurikulum mereka tahun lalu. “Silibus yang digunakan sekarang sudah mula digunakan sejak 2017. Ini bukan silibus Radzi Jidin,” katanya kepada pemberita selepas me…