もっと詳しく

KATA ADUN | Semua ahli parlimen di negara ini perlu memberi sokongan terhadap usul persendirian yang dibawa bagi meminda perlembagaan agar kerakyatan kepada anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia diterima. Usul berkenaan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said. Buat masa sekarang, Malaysia adalah salah satu daripada 28 negara di dunia yang tidak memberikan hak sama rata kepada kaum wanita dalam isu kewarganegaraan anak, berbanding 150 negara lain yang berbuat sebaliknya. Sukar untuk dipercayai apabila negara meraikan hari kemerdekaan yang ke-65, kita masi…