Setiausaha politik Ismail Sabri Yaakob menyangkal kajian yang mendapati tahap kepuasan hati terhadap perdana menteri itu adalah lebih rendah daripada pendahulunya, Muhyiddin Yassin. Syed Fazmi Sayid Mohammad berkata, saiz sampel responden dalam kajian itu boleh dipertikaikan kerana tidak menggambarkan situasi sebenar keseluruhan rakyat negara ini. “Kita ada 32 juta rakyat kalau setakat ambil 2,000 atau 3,000 rakyat saja tak menggambarkan keseluruhan situasi rakyat negara ini,” katanya seperti dilapor oleh FreeMalaysiaToday. “Kalau nak ikut kajian, banyak kajian. Saya pun boleh buat kajian kada…