もっと詳しく

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Syed Saddiq yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berkata beliau mahu mempertahankan kerusi dimenanginya itu kerana berasa terhutang budi kepada warga Muar yang memberikannya peluang untuk berkhidmat sebagai ahli parlimen pada PRU14. Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon PH daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi parlimen Muar Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (PAS) …