もっと詳しく

Penyandang kerusi parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dari PKR mendedahkan bahawa dia tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-15. Dalam satu kenyataan, dia berkata parti telah memaklumkannya bahawa dia tidak akan dicalonkan untuk mana-mana kerusi termasuk Alor Setar. “Terima kasih kepada semua rakan, saya dimaklumkan bahawa saya tidak lagi dicalonkan oleh parti untuk mana-mana kerusi dalam PRU. “Saya sentiasa menyahut seruan kepimpinan kita untuk menerokai kerusi luar bandar, (dan) saya telah mencadangkan untuk memberi laluan di kerusi sedia ada untuk orang baru…