もっと詳しく

Ketika DAP menamakan lebih ramai calon Melayu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kali ini, naib presiden Umno Mahdzir Khalid memberi amaran bahawa langkah itu adalah semata-mata untuk memenuhi konsep kepelbagaian kaum parti itu. Malah, Mahdzir berkata pemilihan calon Melayu di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi itu juga sekadar untuk mengaburi mata masyarakat untuk meraih undi. “Ini sebahagian dari taktik menunjukkan ia parti pelbagai kaum. Walhal, kita semua tahu bahawa semua keputusan penting dilakukan oleh sekumpulan orang. Mereka ini mempunyai pemikiran…